Kedudukan Baitulmaqdis

Kedudukan sah dan diplomatik Baitulmaqdis tidak diselesaikan.[1] Para sarjana undang-undang tidak bersetuju terhadap cara menyelesaikan pertikaian Israel–Palestin tentangnya di bawah undang-undang antarabangsa.[2] Secara rasminya, banyak negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpegang teguh pada usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Baitulmaqdis patut memiliki status antarabangsa.[3]

Pertikaian utama berkisar sekitar kedudukan sah Baitulmaqdis Timur, while broader agreement exists regarding future Israeli presence in Baitulmaqdis Barat.[2] De jure, sebahagian besar negara anggota PBB dan kebanyakan pertubuhan antarabangsa tidak mengiktiraf pemilikan Israel terhadap Baitulmaqdis Timur, datang di bawah kawalannya selepas Perang Enam Hari 1967, atau pengisytiharan Hukum Baitulmaqdis 1980 Israel, yang mengisytiharkan Baitulmaqdis yang "lengkap dan bersatu" sebagai ibu negara Israel.[4] Akibatnya, kedutaan-kedutaan asing kebiasaannya terletak di Tel Aviv dan di pinggir bandarnya.

Baitulmaqdis merupakan salah satu daripada isu utama dalam proses pendamaian dalam konflik Israel–Palestin. Kedua-duanya, orang Israel dan orang Palestin ingin kota suci itu sebagai ibu negara masing-masing.[5]

Kesatuan Eropah telah menyatakan bahawa kedudukan Baitulmaqdis ialah corpus separatum.[6][7] Presiden AS Donald Trump telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember 2017.[8]

  1. ^ Lihat:
  2. ^ a b Moshe Hirsch, Deborah Housen-Couriel, Ruth Lapidoth. Whither Jerusalem?: Proposals and Positions Concerning the future of Jerusalem, Martinus Nijhoff Publishers, 1995. hlm. 15. ISBN 90-411-0077-6.
  3. ^ Ira Sharkansky. Governing Jerusalem: Again on the World's Agenda. Wayne State University Press, 1996, halaman 23. ISBN 0-8143-2592-0.
  4. ^ "UN security Council Resolution 478" [Resolusi Majlis keselamatan PBB 478] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Disember 2017.
  5. ^ Harriet Sherwood. "Israel-Palestinian peace talks: the key issues". The Guardian. 30 Januari 2014.
  6. ^ "EU re-ignites Jerusalem sovereignty row". BBC. 11 March 1999. Dicapai pada 7 January 2015.
  7. ^ "Special Report: Israel's Uncertain Victory in Jerusalem". Foundation for Middle East Peace. 7 Mei 1999. Dicapai pada 6 Disember 2017.
  8. ^ Ismail, Ashwad (8 Disember 2017). "Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel". Astro Awani. Dicapai pada 7 Disember 2017.

Developed by StudentB